Hari ini saya berjalan keseorangan menuju ke hospital.
Ingin memerhatikan ragam manusia
Dalam perjalanan..
Saya terserampak dengan dua orang atenden yang mengusung troli mayat Islam keluar dari bangunan utama menuju ke Jabatan Forensik.
Kemudian, sebuah troli berisi mayat diusung keluar.
Ketika itu, saya terfikir sejenak..
Sesungguh nya nasib kita di dunia ini tidak diketahui melainkan Yang Maha Pencipta
Pada bila-bila masa sahaja nyawa kita bakal di tarik
Sejurus troli yang kedua berlalu..
Terdapat sekumpulan manusia menangis teresak-esak mengekori troli tersebut..
Apa akan terjadi sekiranya kita kehilangan orang yang kita sayang di dunia ini ?
Sungguh tentu amat susah untuk kita sebagai manusia menerima hakikat tersebut
Susah untuk melupakan detik-detik kebahagian bersama..
Yang pergi biar kan ia pergi
Tiada guna walau menitis air mata darah sekalipun
Dia tidak akan kembali
Apa pun jua, kita harus menerima kehilangan tersebut dengan hati yang tabah
No comments:
Post a Comment