Kajian menunjukkan insomnia(susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!
Lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. Insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. Akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur:
- Tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
- Bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. Contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
- Jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
- Elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. Kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
- Carilah sebab untuk anda tidur. Elakkan tidur pada waktu petang. Seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.
6 comments:
thanx dr salam
found da topic from ur blog.
ur most welkam
REd mmg suffer from insomnia. kira chronic insomnia la. dah macam2 cuba. mmg tak dapat nak tido. so, melayan aja insomnia ni. nasib ada blog, leh tulis2 n3 bila bowsan kan :P
hehe
mmg xbley pisahkan dgn insomnia.
gila la doc salam,tabik2 . .
haha. trime kaseh dr hakem
Post a Comment