Berdengkur mungkin tanda keletihan, tetapi apabila dengkuran itu mengganggu lena teman tidur, ia sebenarnya satu seksaan. Dalam kajian Synovate Omnibus, 62% mereka sudah berkahwin tidur berdengkur. Daripada jumlah itu, 63% adalah Melayu, membabitkan 66% lelaki.
Dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur. Apabila tidur, otot di belakang mulut seperti lelangit, lidah dan tekak berehat. Bagaimanapun, jika terlalu rehat, ia akan mengecil atau menyekat aliran udara. Apabila seseorang itu bernafas, lelangit dan anak tekak akan bergetar dan menghentak sesama sendiri sekali gus menghasilkan bunyi dengkuran.
Tonsil dan adenoids iaitu tisu yang terletak di belakang kerongkong juga akan bergetar dan semakin sempit laluan udara, semakin banyak tisu bergetar sekali gus menyebabkan dengkuran semakin kuat.
Pada kebiasaannya, dengkur adalah normal dan lebih banyak dikesan pada lelaki berbanding perempuan. Berdengkur ada kalanya disebabkan badan terlalu letih atau gemuk. Ada kalanya ia boleh ditangani dengan mengubah cara hidup seperti menurunkan berat badan atau berhenti merokok.
Berdengkur juga adalah salah satu symptom Obstacle Sleep Apnea (OSA). OSA adalah masalah dengkuran yang serius dan boleh membawa maut. OSA berbeza dengan dengkuran biasa kerana seseorang itu akan terhenti pernafasannya selama 10 saat atau lebih dalam tidurnya.
Rawatan dengkur
· Jika anda gemuk, mulakan dengan mengurangkan berat anda
· Berhenti merokok dan meminum minuman beralkohol
· Gunakan bantal yang tebal untuk meningkatkan aliran udara
· Semburan hidung bagi hidung yang tersumbat

No comments:
Post a Comment